“SPBT PENGERAK WAWASAN PEMANGKIN KEJAYAAN”


Tugas dan tanggungjawab pelajar dalam hal-ehwal buku teks

Pelajar sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan. Pelajar hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara :

* Membalut buku teks

* Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks

* Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

* Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan.

* Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam

MOTTO, VISI DAN MISI BOSS

MotTo

CEPAT, CEKAP, BERINTEGRITI

VISI

MEMACU PENGURUSAN SPBT SEKOLAH DAN BILIK BOSS MENJADI JUARA PERINGKAT KEBANGSAAN MENJELANG TAHUN 2010

MISI

BERTANGGUNGJAWAB PRIHATIN DAN BERDEDIKASI TERHADAP PENGURUSAN SPBT BAGI MENJAMIN KECEMERLANGAN ILMU

Piagam pelanggan spbt

Kami warga Unit SPBT dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:-

· Memastikan setiap pelajar yang layak mendapat buku SPBT dengan buku-buku yang cukup dan elok keadaan fizikalnya.

· Memastikan bekalan buku SPBT mencukupi bagi memenuhi keperluan pelajar

· Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam bilik SPBT dijaga dengan baik

· Mengagihkan buku SPBT kepada pelajar tanpa berlengah suoaya pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas

· Memastikan semua urusan SPBT dengan Jabatan/ Kementerian disempurnakan dalam tempoh yang ditentukan.

· Sentiasa peka dengan maklumat SPBT

· Melayan pertanyaan atau permohonan ibubapa/ penjaga dengan penuh tanggungjawab

0 comments:

Post a Comment